Spacer
Spacer
Madu Kausar
Category
Category
Spacer PHONE
Spacer
0163234770
Spacer
 
Honey
 

MADU KAUSAR

Madu Kausar didatangkan khas dari Iran. Ia adalah madu asli tulen yang dikeluarkan dan dibotolkan melalui proses yang tanpa penapisan -ultra dan perisa tambahan serta menepati piawaian antarabangsa. Ia telah disahkan oleh pihak organisasi Piawaian Iran, EU dan Piawaian USA dan telah diuji oleh UNIPEQ.

Madu Kausar dihasilkan oleh lebah-lebah yg diternak di sekitar pergunungan Azarbayejan di Iran. Di sini terdapat berbagai jenis bungaan liar yang menjadi tumpuan lebah-lebah peliharaan di situ. Kualiti madu yang dihasilkan oleh lebah banyak bergantung pada jenis bungaan yang sering dilawati lebah itu.

Madu Kausar terdapat dalam tiga (3) kualiti dan perisa asli yang berbeza. Iaitu Kausar Emas, Kausar Merah dan Kausar Hijau.

Di sini juga anda boleh dapati Popolis Kausar iaitu sejenis cecair yang dihasilkan oleh lebah dan mempunyai banyak khasiatnya.

Buat masa ini kawasan penghantaran MADU KAUSAR hanyalah sekitar Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan dengannya seperti Taman Melawati, Kemensah Heights, Wangsa Melawati, Taman Keramat, Ukay Perdana, Wangsa Maju dan Taman Melati, bagi pembelian melebihi RM70. Untuk pembelian di bawah RM70 anda dijemput mengambilnya dari Lembah Keramat. Sila hubungi saya terlebih dahulu untuk membuat temujanji bagi melancarkan urusan.

Terima kasih.

Abd Rahman Ahmad (0163234770) - Stokis Lembah Keramat

Mei 2012

 

Pautan Luar

www.klluxuryhome.com

www.masjidassobirin.com

 

ara design